hehehehehe... teringat plak aku kat cerita orang korea nih... hehe tak habis lagi episod korea beb!!
Motif ceritanya baik, tapi mungkin tak logik sket la... tapi dah dijadikan cerita, ambik aje lah iktibarnya.
Pada suatu hari, ada sekumpulan orang menaiki bas... nak ke mana tu, aku tak tau la. Tiba-tiba aje, bas ni pun rosak. Driver nya pulak mangkuk, tak reti nak diagnose dah repair bas ini. Mana taknya, driver nye memang kaki rempit, ada pulak 15 waran tangkap. Jadi mana ada masa nak belajar jaga bas, cuma merempit bas ajelah kerjanya. Bila melihatkan si driver bas ni melopong sahaja, maka adalah pula seorang mamat hensem bertali leher dan bersuit lengkap dengan laptop Compaqnya (kita panggil dia mamat "A").
Mamat ini memang dah lambat dah, kereta pancit pagi tadi, jadi nak ke meeting memang kena naik bas lah. Bila bas rosak, kecoh la dia. Maka satu bas itulah diseranahnya.
"Woi korang ni takde otak ke?", kata mamat itu. "Apa lagi, keluar la tolak bas ni. Kalau tak, bila lagi nak sampai???"
Melihatkan karisma dan perwatakan kemas tapi poyo mamat itu, maka keluarlah semua penumpang itu dari bas. Tapi semua buat muka blur. Tak tau nak tolak kat mana.
Apabila dilihatnya tidak ada progress, mamat A itu menjadi semakin berang. "Pegi belakang la tolak... takde otak ke??? Ni la dia... semua gomen suap... bila rosak sket, satu hapa pun tak tau buat", tiaw mamat itu lagi sambil menyinga.
Melihat keadaan tersebut, adalah sekumpulan 2-3 orang mamat berpakaian biasa tanpa kaca mata (kita refer sebagai mamat2 "B") lalu mulalah ke belakang bas, seolah-olah macam tau aje apa yang perlu dibuat. Yang lain semua menengok aje, masih blur.
"Haa apa lagi tunggu? Tolaklah... dah lambat dah ni!!!", tanpa memberi peluang mamat A itu terus menunjukkan gigi taringnya yang tinggal sebelah sahaja. Mamat ini memang kecoh dari dulu pun... perangai memang bossy dari kecik, nak-nak lagi bila jadi pengawas kat sekolah. Gigi taringnya yang lagi sebelah itu dah lama patah kena tumbuk dengan samseng sekolah sebab dia cuba memaksa samseng itu menghisap 5 batang rokok sekaligus. Mana boleh beb, cikgu aje yang boleh suruh macam tu dulu. Maka jadi mangsalah sebelah gigi taring mamat itu. Ok, kita kembali ke situasi bas itu semula.
Setelah dibambu sebegitu, maka mamat2 B tadi mula lah menolak bas itu dengan susah payahnya. Pelbagai bunyi terkeluar sebab berat bas tu beb... ada yang 'oooohhhhh', ada yang 'ahhhhhhhhhh', ada yang "hiyahhhhhhh", ada pulak yang terkentut 'prroootttt', ada pulak yang 'slluuuurrrrpppzzzz'!!! Tu yang tak tahan tu. Tapi semua ni drama swasta je beb. Tiga orang ni bukannya betul pun... takat menunjuk2 aje tu boleh la. Takat 'slluuuuuurrrpppzzzz' sume orang boleh sebut, ye dak? Tapi, memang nampak macam real la mamat2 B ni menolak... cuma tak bergerak je bas tu.
Bila tengok yang lain2 tu masih buat donno, apa lagi, mamat A ni jadi marah tahap cipan la pulak. "Hoi... apa lagi tunggu? 3 orang tu dah nak terberak menolak, yang lain2 ni boleh tengok aje??? Tolak la hoi!!!"
Maka barulah berduyun-duyun yang lain2nya (kita refer sebagai pihak "C") mula ke belakang bas lalu menolak. Bila dah semua menolak, kecuali mamat A yang hanya pandai mengarah dan mamat2 B yang pandai berlakon, baru la bas tu bergerak...
The moral of the story, whether we like it or not, the bus will not be moved without all the 3 types of people - the loudmouth A, the hypocritical B & the rest of them C. Most of the time, we will need all this type of people before something can be done.
Cerita ni mungkin cerita mitos rakyat korea, tapi rasanya boleh apply kat kita juga. Of course, the best is everyone shares the load, but the world isn't a fair place, is it?
So kawan2, let go of the negative feelings and let's TT, socialize, meet each other personally and get to know each other better & collaborate as much as we can.