MagnetiC
Club Guest
- Joined
- Mar 2, 2010
- Messages
- 10
- Points
- 0
Hello friends,i'm newbie here........just wanna share with you guys,Pada bulan lepas,dalam 30hb Julai 2010,saya ada membuat urusniaga dengan saudara yang menggelarkan dirinya 'kelvinjb' atau nama sebenarnya TAN KAR BOON yang menetap di Johor Bharu.Ia berkenaan pembelian rims M-Style 193 yang hendak dijual olehnya dalam thread 'rim'.Agak malang bagi saya,sehingga ke hari ini saya belum lagi menerima rim tersebut setelah pembayaran sebanyak RM3150.00 telah dibuat ke dalam akaunnya.Saya tidak pernah diberitahu sebarang alasan diatas kelewatan penghantaran rim tersebut,tidak ada alasan yang munasabah diberikan olehnya melainkan menyuruh saya agar terus MENUNGGU.....Setelah hampir 3 minggu menunggu,akhirnya pada hari ini saya telah menelefon beliau dan meminta agar wang RM3150.00 saya dikembalikan ke dlm akaun saya.Namun begitu beliau tidak/enggan berbuat demikian dengan alasan tidak mempunyai wang.Saya rasa bahawa kelvinjb memang berniat MENIPU saya dari awal,kalau betul dia menjalankan bisnes dengan jujur dan telus kenapa wang saya tidak dikembalikan?Dan selepas saya menuntut agar wang saya dikembalikan hari ini,phone dan sms dari saya kepada saudara kelvinjb sudah tidak dibalas.Saya datang dari keluarga yang sederhana,RM3150.00 tu adalah wang hasil simpanan saya yang memang berniat untuk membeli rim baru untuk kereta e46 buruk yang baru saya pakai 6 bulan.Saya MEMOHON kepada kelvinjb atau rakan2 sekalian yang mengenalinya agar tampil ke ruangan ini bagi memberi PENJELASAN atau apa2 pandangan macamana mahu selesaikan perkara ini.Dan buat saudara kelvinjb@Tan Kar Boon...saya ingin bertanya :-1) Adakah anda berniat hendak menipu kepada umum dalam menjual rim tersebut?2) Adakah benar anda memiliki rim tersebut untuk dijual?3) Kenapa tak dipulangkan sahaja wang saya?.........sila bagi penjelasan kepada saya......Saya adalah newbie dlm forum ni,namun begitu saya dah pernah 2-3 kali berurusan dalam pembelian barang2 parts dalam thread 'for sale' sebelum ni dan tidak mempunyai sebarang masalah,dan saya tidak sangka bahawa urusan saya dengan kelvinjb yg mempunyai 190++ POST dan boleh dianggap senior boleh jadi macam ni.Saya juga harap pihak admin mengkaji semula dan mengulas...adakah peraturan yang mengatakan 10 post minimun sebelum seseorang forumer dpt mengiklankan barangan untuk dijual boleh digunapakai ataupun sekadar peraturan sahaja.Untuk saudara kelvinjb,saya amat berharap agar perkara/masalah ini dapat diselesaikan secara berhemah,saya juga berharap agar kejadian sebegini tidak lagi berulang dimasa akan datang.Regard,MagnetiC