shaiful7
Club Guest
- Joined
- Apr 7, 2008
- Messages
- 24
- Points
- 0
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia,Y. Bhg. Tan Sri / Dato'/ Datuk / Datin / Dr. / Tuan/ Puan,Untuk makluman semua, JPJ dengan kerjasama semua Agensi Penguatkuasa iaitu PDRM, RELA dan PPJ akan melaksanakan penguatkuasaan bersepadu "OPS PATUH PUTRAJAYA" di seluruh Putrajaya dan Cyberjaya dalam masa terdekat ini.Operasi penguatkuasaan ini melibatkan aktiviti sekatan jalan raya, penyamaran dan sebagainya. Semua jenis kesalahan akan diambil tindakan terutama yang melibatkan kesalahan meletak kenderaan, 7 jenis kesalahan yang menyebabkan kemalangan dan 2 jenis kesalahan yang menyebabkan kematian.Berikut adalah hebahan penguatkuasaan bersepadu tersebut untuk tindakan lanjut tuan/puan.OPS PATUH PUTRAJAYA!Dalam menjadikan "Putrajaya - Bandaraya Contoh", penguatkuasaan bersepadu oleh JPJ, PPj, PDRM dan RELA akan dilaksanakan di seluruh Putrajaya dan Cyberjaya dalam masa terdekat ini.Sewaktu penguatkuasaan bersepadu dilaksanakan:* Kenderaan boleh disita kerana kesalahan meletak kenderaan, tiada lesen kereta motor, memandu tanpa lesen dan pemandu di bawah umur.* Saman akan dikeluarkan terhadap 7 jenis kesalahan yang menyebabkan kemalangan dan 2 jenis kesalahan yang menyebabkan kematian:- 7 jenis kesalahan yang menyebabkan kemalangan: i. Memotong barisan ii. Memotong di garisan kembar iii. Tidak mematuhi lampu isyarat merah iv. Menggunakan lorong kecemasan v. Memandu secara bahaya (guna telefon bimbit semasa memandu tanpa alat bebas tangan) vi. Cermin gelap vii. Lain-lain kesalahan 2 jenis kesalahan yang menyebabkan kematian:- i. Tidak memakai topi keledar ii. Tidak memakai tali pinggang keledarOleh itu, semua warga Putrajaya dan Cyberjaya diseru untuk mematuhi peraturan lalulintas bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil.Kami pohon kerjasama tuan/puan untuk membuat hebahan kepada semua warga kementerian/jabatan/agensi tuan/puan.Sekian, terima kasih.“Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"“Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti"Makluman daripada :Ismawati Mohd ShahUnit Komunikasi KorporatJabatan Perdana Menteri020410