theCROW
Club Guest
- Joined
- Dec 9, 2005
- Messages
- 405
- Points
- 0
KUALA LUMPUR 22 April – Setujukah anda jika kereta yang sudah berusia 15 tahun dilupuskan dan tidak dibenarkan berada di atas jalan raya di negara ini.Selain mengelakkan kenderaan-kenderaan ‘tua’ terus beroperasi, ia juga mampu merancakkan perniagaan kereta baru, terutamanya kereta-kereta nasional.Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM) ketika mencadangkannya berkata, Proton Holdings Bhd. (Proton) perlu diberi tanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja pelupusan tersebut.Setiausaha Agungnya, Khoo Kah Jin berkata: ‘‘Kemungkinan pihak Proton boleh memberi baucar sebanyak RM5,000 kepada pemilik kenderaan bagi membolehkan kereta mereka dilupuskan.‘‘Proton perlu mewujudkan satu syarat bagi membolehkan baucar sebanyak RM5,000 itu digunakan untuk membayar wang pendahuluan bagi membeli kereta nasional.’’Kah Jin berkata demikian kepada pemberita sebelum mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCDCCA) di sini, hari ini.Beliau yang juga Presiden KLSCDCCA berkata, pihaknya yakin cadangan itu secara tidak langsung akan melariskan kereta Proton.‘‘Kini apa yang kita lihat jualan kereta Proton semakin merosot dan terdapat banyak lambakan dan ini menyebabkan Proton mengalami kerugian.‘‘Daripada kita membiarkan Proton mengalami kerugian, lebih baik kita berbuat sesuatu untuk menyelamatkan kereta nasional kita,’’ ujarnya.Mengenai cadangan itu, Kah Jin memberitahu, pihaknya telah membincangkan perkara tersebut dengan Proton pada November tahun lalu.‘‘Saya difahamkan pihak Proton telah membawa perkara ini kepada perhatian kerajaan tetapi pihak kami sehingga kini masih belum mendapat apa-apa perkembangan mengenainya,’’ jelas beliau.Sementara itu, Kah Jin berkata, ketika ini terdapat kira-kira 60,000 kereta murah terpakai di negara ini dengan anggaran nilai berjumlah lebih RM1.2 juta.“Perangkaan ini berdasarkan rekod ahli-ahli FMCCAM seramai 2,000 orang. Boleh dikatakan setiap ahli kami mempunyai 30 hingga 40 unit kenderaan di premis mereka dengan anggaran harga seunit RM20,000,” katanya.Ori linkhttp://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm