Yes. You can submit your MV10 form to any of the state JPJ office and they are responsible to post all the tender bids to the respective state JPJ office (do not post it yourself as it is stated in the form proof of posting is not proof of delivery). Leave the ball at their court.
ALso, ensure you are submitting the latest MV10 form.
Below are my corresponding emails with JPJ Selangor.
Berikut adalah syarat dan dokumen yang perlu dikemukakan untuk tempahan nombor pendaftaran :
a. Mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V. 10 ) yang boleh diperolehi dari Pejabat Pengangkutan Jalan Negeri / Cawangan atau Laman Web JPJ (
www.jpj.gov.my) .
b. Salinan fotostat Kad Pengenalan pemohon.
c. Salinan asal slip bayaran Yuran Perkhidmatan RM10.00.Yuran Perkhidmatan ini boleh dibayar dimana-mana Pejabat JPJ Negeri / Cawangan yang melaksanakan aktiviti pendaftaran dan / atau pelesenan kenderaan .Yuran perkhidmatan ini hendaklah dijelaskan sebelum tempoh tempahan nombor pendaftaran ditutup.
d. Bayaran deposit 50% daripada harga tempahan dalam bentuk Draf bank / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama KETUA PENGARAH PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA.
e. Menyatakan harga tempahan yang tidak kurang dari harga minima mengikut kategori nombor pendaftaran di dalam Borang M.V.10 seperti berikut :
i. Kategori Nombor Bernilai Utama : RM10,000.00
ii. Kategori Nombor Menarik : RM2,000.00
iii. Kategori Nombor Popular : RM300.00
iv. Kategori Nombor Semasa : RM300.00
Keterangan lanjut mengenai kategori ini boleh dilayari di Laman Web JPJ (
www.jpj.gov.my) .
f. Menyertakan satu sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.
Untuk makluman tuan, pemohon yang berjaya hendaklah menjelaskan baki bayaran tempahan nombor pendaftaran dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh surat keputusan dikeluarkan. Sehubungan dengan itu juga , pemohon hendaklah mendaftarkan nombor pendaftaran tersebut dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh bayaran penuh dijelaskan.
Dimaklumkan bahawa tempahan nombor pendaftaran siri BKT dibuka mulai 10 Februari 2010 hingga jam 12 tengahari 24 Februari 2010. Untuk makluman tuan borang tempahan nombor pendaftaran kenderaan yang tuan sertakan tersebut adalah borang lama yang menghendaki pemohon mengemukakan bayaran pendahuluan (deposit) sebanyak 30% .Sukacita sekiranya tuan boleh mendapatkan borang MV10 baru yang menghendaki pemohon mengemukakan bayaran pendahuluan (deposit) sebanyak 50%. Saya juga ingin menarik perhatian tuan agar merujuk kepada email saya bertarikh 5 Januari 2010 mengenai harga tempahan minima untuk tempahan nombor pendaftaran seperti berikut :
i. Kategori Nombor Bernilai Utama : RM10,000.00
ii. Kategori Nombor Menarik : RM2,000.00
iii. Kategori Nombor Popular : RM300.00
iv. Kategori Nombor Semasa : RM300.00