Menu
Home
Forums
New posts
Search forums
What's new
New posts
Latest activity
Members
Current visitors
Log in
Register
What's new
Search
Search
Search titles only
By:
New posts
Search forums
Menu
Log in
Register
Reply to thread
Click here to become an Official Member of BMW Club Malaysia
Download Form
Home
Forums
General Forums
Member's Meet up
Bmwcm monsoon cup drive 2008
JavaScript is disabled. For a better experience, please enable JavaScript in your browser before proceeding.
You are using an out of date browser. It may not display this or other websites correctly.
You should upgrade or use an
alternative browser

Message

info terkini...

Sabtu, 29 Nov 2008

KUALA TERENGGANU: Seramai 2,451 mangsa banjir dari 314 keluarga di empat daerah negeri ini dipindahkan ke 32 pusat pemindahan di seluruh negeri semalam banjir berikutan hujan lebat yang berterusan selama tiga hari sejak Khamis lalu.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri berkata, empat daerah terbabit adalah Marang, Setiu, Besut dan Hulu Terengganu.

Beliau berkata, sehingga jam 7.00 malam semalam, Besut mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu seramai 1,096 orang yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan iaitu di Masjid dan Surau Kampung Belaoh, Masjid Kampung Keruak, Surau Kampung Berangan, Dewan Orang Ramai Kampung Keruak, Masjid kampung La, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung La, Dewan Orang Ramai Bukit Payong, Masjid Bukit Payong dan Surau Bukit Payong.

Katanya, selain itu, seramai 771 mangsa dari 184 keluarga dari Hulu Terengganu dipindahkan ke 11 pusat pemindahan, antaranya di Surau Tok Randok, Surau Cenderong Durian Kasim dan Balai Raya Kampung Kolam.

"Di Setiu pula, seramai 467 orang dari 95 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan termasuk di SK Kampung Bukit, Masjid Kampung Bukit, Surau Tok Nandong dan Surau Kg Merbau Menyusut.

"Sementara itu di Marang, seramai 112 orang dari 27 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan iaitu di SK Kubu, SK Marang dan Balai Raya Kampung Sungai Pinang," katanya.

Bagaimanapun katanya, di Kuala Terengganu, satu keluarga yang terdiri daripada tujuh orang dari Kampung Gelugur dipindahkan ke Balai Raya Kampung Alor Wan Syed kerana rumah mereka yang terletak di kawasan rendah dinaiki air.

Beliau berkata, jumlah mangsa yang dipindahkan dijangka meningkat dan proses pemindahan mangsa ke pusat pemindahan yang ditetapkan masih berlangsung berikutan hujan yang diramalkan akan berterusan sehingga beberapa hari lagi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Farid Mahmud, berkata empat jalan di Setiu iaitu Jalan Langkap-Sungai Tong, Jalan Gong Terap, Jalan Telaga Papan dan Jalan Pengkalan Merbau ditutup kepada kenderaan ringan kerana paras air mulai meningkat setinggi 1.5 meter.

Katanya, selain itu beberapa jalan di Hulu Terengganu turut ditutup kepada kenderaan ringan iaitu, Jalan Kuala Berang-Sungai Tong kerana iar mulai naik melebihi dua meter.

"Bebarapa jalan lain yang ditutup adalah Jalan Pasir Akar di Batu 13, Jalan Kampung Tengkawan, Jalan Kampung Kuala Ping, Jalan Kampung Kuala Jeneris, jalan Kampung Kg Teris dan beberapa lokasi lain kerana paras air mencecah sehingga dua meter," katanya.

sooooo? amacammmmm????

[QUOTE="salina, post: 322220, member: 15104"] info terkini... Sabtu, 29 Nov 2008 KUALA TERENGGANU: Seramai 2,451 mangsa banjir dari 314 keluarga di empat daerah negeri ini dipindahkan ke 32 pusat pemindahan di seluruh negeri semalam banjir berikutan hujan lebat yang berterusan selama tiga hari sejak Khamis lalu. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri berkata, empat daerah terbabit adalah Marang, Setiu, Besut dan Hulu Terengganu. Beliau berkata, sehingga jam 7.00 malam semalam, Besut mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu seramai 1,096 orang yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan iaitu di Masjid dan Surau Kampung Belaoh, Masjid Kampung Keruak, Surau Kampung Berangan, Dewan Orang Ramai Kampung Keruak, Masjid kampung La, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung La, Dewan Orang Ramai Bukit Payong, Masjid Bukit Payong dan Surau Bukit Payong. Katanya, selain itu, seramai 771 mangsa dari 184 keluarga dari Hulu Terengganu dipindahkan ke 11 pusat pemindahan, antaranya di Surau Tok Randok, Surau Cenderong Durian Kasim dan Balai Raya Kampung Kolam. "Di Setiu pula, seramai 467 orang dari 95 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan termasuk di SK Kampung Bukit, Masjid Kampung Bukit, Surau Tok Nandong dan Surau Kg Merbau Menyusut. "Sementara itu di Marang, seramai 112 orang dari 27 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan iaitu di SK Kubu, SK Marang dan Balai Raya Kampung Sungai Pinang," katanya. Bagaimanapun katanya, di Kuala Terengganu, satu keluarga yang terdiri daripada tujuh orang dari Kampung Gelugur dipindahkan ke Balai Raya Kampung Alor Wan Syed kerana rumah mereka yang terletak di kawasan rendah dinaiki air. Beliau berkata, jumlah mangsa yang dipindahkan dijangka meningkat dan proses pemindahan mangsa ke pusat pemindahan yang ditetapkan masih berlangsung berikutan hujan yang diramalkan akan berterusan sehingga beberapa hari lagi. Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Farid Mahmud, berkata empat jalan di Setiu iaitu Jalan Langkap-Sungai Tong, Jalan Gong Terap, Jalan Telaga Papan dan Jalan Pengkalan Merbau ditutup kepada kenderaan ringan kerana paras air mulai meningkat setinggi 1.5 meter. Katanya, selain itu beberapa jalan di Hulu Terengganu turut ditutup kepada kenderaan ringan iaitu, Jalan Kuala Berang-Sungai Tong kerana iar mulai naik melebihi dua meter. "Bebarapa jalan lain yang ditutup adalah Jalan Pasir Akar di Batu 13, Jalan Kampung Tengkawan, Jalan Kampung Kuala Ping, Jalan Kampung Kuala Jeneris, jalan Kampung Kg Teris dan beberapa lokasi lain kerana paras air mencecah sehingga dua meter," katanya. sooooo? amacammmmm???? [/QUOTE]
Verification
Post reply
Home
Forums
General Forums
Member's Meet up
Bmwcm monsoon cup drive 2008
Top
Bottom